
Ayah minta isikan petrol di dalam botol. Jarak ke stesen minyak yang
sepatutnya mengambil masa seminit dua menjadi hampir sejam sehingga
tersasau mendekat hutan lipur kanching. Mandi tidak. Pakai cermin mata
pun tidak.
"kita ni banyak jumpa orang, kita akan mendengar banyak tempat, tapi
yang tak seronoknya, kita tak tahu tempat-tempat itu."
Mula-mula nak tengok-tengok sahaja apa disebalik Kuang. Memang la di
sebelah Kuang ada Rawang tapi aku tak guna jalan besar. So memang tak
sangka.
Lepas aku melepasi pekan di mana terletaknya stesen ktm komuter, aku
sampai di kampung yang rasanya ramai penduduk tamil. Aku terus lagi ke
dalam, suasana dah mula sunyi. Aku masuk ke dalam kawasan ladang.
Jalan memang macam ular. Aku dah mula menunggang macam tak tahu
tujuan. Tapi hanya dengan sifat ingin tahu apa di penghujung. Lama
kemudian dah tak nampak ladang. Dah bertukar jadi hutan. Lega pula
bila perasan ada kenderaan lain. Lagi pelik bila terserempak dengan
sebuah Mercedes yang lalu dari arah bertentangan. Bila nampak batu
nisan yang tetulis Rawang, 13, baru dah kurang thrill. Sebab dah tahu
rupa-rupanya aku guna jalan alternatif.
Perasan gak yang aku di atas bukit. Sebab dah mula nampak bandar dan
kilang simen yang besar. Besar betul sampai buat aku rasa kagum.
Gelongsor simen punya la panjang lebih kirang sekilometer kot. Hujung
gelongsor nampak la timbunan tanah dan... jalan yang sesak :) Rasa
seronok tak tentu pasal pula masa tu. Tengah-tengah simpang tu la aku
berhenti tengok peta pada telefon.
Tak tau la pernah ke tak, sampai di bandar Rawang. Rasanya pertama
kali kot dengan sedar. Teruja tak tentu pasal bila tengok bandar yang
rupa macam bandar-bandar lain yang jauh dari KL atau Selangor. Nampak
mundur. Nampak gerai-gerai buah. Nampak pasaraya kecil.
Kemudian tengok peta lagi. Perasan Templer Park tak jauh. Sebab
ternampak kawasan berair. Rupanya boleh tembus ke Selayang juga.
Jauh menunggang sampai ke simpang ke Tanjung Malim, aku patah balik.
Takut-takut malas nak balik pula. Ada juga terfikir nak tidur di
masjid menunggu Zuhur. Motel pun OK sebab tak rasa mahal pun. Aku pun
menuju kawasan peta yang tunjuk seperti ada beberapa tasik (skemanya
blog).
Bila sampai, tak menarik. Macam kolam ternak je. Itu pun lepas dah
panjat tangga di flat perumahan berdekatan (Taman Tun Teja).
Berdekatan ada satu taman yang menarik hati. Taman Sri Bayu. Tentu
tenang tinggal jauh di pinggir hutan. Masa tu rancak fikir pasal rumah
untuk dibeli.
Perut lapar. Singgah untuk sekeping roti banjir dan air suam
berdekatan Sekolah Agama Menengah Rawang. Kemudian tulis blog guna
telefon. Alamak. Bateri nak habis. Satu-satunya alasan yang boleh
diterima pakai untuk balik :-p
Sent from mobile phone